stress yg makin tak terkawal amat berbahaya. ia boleh menjejaskan kreativiti dan dedikasi seorang lelaki. ia juga melumpuhkan keceriaan dan profesionalisme seorg wanita dlm rumah tangga dan kerjaya. begitulah gambaran dr tempias stress bg kehidupan manusia, namun tidak di nafikan, stress juga boleh memberikan impak yg positif dlm kehidupan kita jika kita pandai menanganinya.
bagaimana menjadikan stress anda positif dan apakah petua paling mudah untuk menikmati stress secara positif...??
1. Pandang ke atas.
Yakin stress sbg rahmat Allah s.w.t. dan jadikan stress sbg jalan utk mendekatkan diri dengan Allah. dan mengukur sejauh mana kita membuat penyelewangan. menegur diri dan mengaku bahawa punca stress itu adalah rentetan maksiat yg kita buat selama ini. dosa kepada Allah s.w.t dan dosa kepada manusia menjadi pencetus tekanan di sekitar kita.sesiapa yg menuai akan mendapat hasil..siapa yg melakukan maksiat akan mendapat padahnya jika tdk di dunia ttp di akhirat kelak.
sebenarnya musibah yg dtg itu menghantar mesej rahmat Allah kepada manusia. supaya kita tidak melupakan Allah dalam menjalani onak dan duri kehidupan. janganlah bergantung pada kekuatan diri tetapi bergantunglah pada kekuatan Allah yg mendatangkan manfaat dan mudarat. supaya mereka tidak dilalaikan oleh dunia sehingga melupakan akhirat.
sesungguhnya airmata yg gugur itu jika dikumpulkan bersama dengan iman dan ilmu akan menjadi mutiara2 yg berharga. bukankah Rasulullah S.A.W kerap menangis, mengadu kepada Allah saat ujian mendatang. tetapi tangisan itu tidak sesekali melemahkan bahkan ia menjadi daya penolak ke puncak kejayaan.
petikan dari:
siri wanita anggun,
mingguan wanita keluaran bil 1342
oleh: Dr. Hj. Juanda bin Hj. Jaya
Perunding Undang2 keluarga Islam
No comments:
Post a Comment